Tuesday, August 30, 2011

Eid Mubarak 1432H

0 comments
Courtesy: http://seasonsali.blogspot.com
Salam...


Ramadhan dan Syawal tahun ini adalah yang paling bermakna untuk aku.


Ya Allah, aku bersyukur dengan kegembiraan yang Kaukurniakan ini. Sekiranya ini ketetapan-Mu, aku redha. Kauberikanlah kekuatan kepadanya dan kepadaku juga.


Eid Mubarak to all.
Taqabbalallahu minna wa minkum. =)




P.s. Hati berteriak mahu berkata-kata, tapi mulut tak mampu nak meluah. Hurm... =P

Monday, August 29, 2011

One Step Further

0 comments
Courtesy: http://www.c4rlh.com

There's something different in the way you talked for the past few days, so I noticed.


Hurm...salah makan ubatkah? =P




P.s. He's trying his best without losing his composure, I know. And if Allah wills, his effort and patience will bear fruit. Soon.

Friday, August 26, 2011

Andai kautahu

0 comments
Andai kautahu...


P.s. Soalan menduga-duga lagi. Tak tersangka. =)

Wednesday, August 24, 2011

Pelengkap Hidupku

0 comments


Jalan yang Lebih Baik

0 comments
Courtesy: yuhusayso.blogspot.com

Taking a hiatus seems to be the best decision. So far. Untuk aku memahami perasaan sendiri. Dan untuk mengelak dari terus-terusan dibuai perasaan. Dan beberapa perkara lain yang samar. Masih.

Adakalanya rasa terdera dengan tindakan...tapi aku cuba juga untuk gagahkan diri.

Aksi tarik tali ini semakin menggusarkan aku. Semakin aku menghulur, semakin aku keliru.


Haruskah aku lepaskan terus? 

Persoalan: Akukah yang salah mengerti?

I hope I do well. At least I pray for one.

*sigh*

Tuesday, August 23, 2011

Hurm...

0 comments
Tidak pasti dengan rasa hati.


*sigh*

Thursday, August 18, 2011

Not Going

0 comments
I'm not going.


Just not yet. =P

Petang kelmarin, dapat phone call daripada kenalan Mak aka abang angkat Adik yang tengah buat full-time Masters study kat UKM tu.

"Offer biasiswa untuk full-time tahun depan dah buka hari ni kat portal KPM."

Biasiswa yang dia maksudkan merangkumi cuti belajar bergaji penuh. Siapa tak mau!


Memang lama jugalah aku berbual dengan cikgu tu. Bersungguh-sungguh dia menerangkan...lagi bersungguh-sungguhlah aku bertanya itu ini. Jalan dah makin nampak...


"Saya yang buat full-time pun tak terkejar."


Dengan kuliah during weekdays sahaja...mau anorexic aku nanti, LOL!!!


Borang dah siap isi...medical check-up pun dah buat. Simpan untuk tahun depanlah nampak gayanya... =P


Tuesday, August 9, 2011

Alhamdulillah...

0 comments
Salam...

Eventually, the most awaited letter has arrived.

Keputusan memang dah tahu awal-awal lagi sebenarnya...hujung bulan lepas dah semak online. It's just that the thrillness is way different. Key-in I/C no...and there it goes. Tapi bila adik hulur surat, dia punya berdebar, satu macam...

"Kak Long, surat. UKM."

Hurm...

So, I'm soon pursuing my studies eh?


*blink blink*

Macam tak percaya, tapi itulah hakikatnya.


Asalnya hati memang berbelah-bagi sejak awal. Sebelum keluar keputusan, Mak bercerita tentang seorang kenalannya yang tengah buat full-time masters kat UKM jugak, same course as the one I applied for. Banyaklah pronya, I know...as I myself prefer doing full-time rather than part-time. Tapi memandangkan ketika permohonan dibuat, aku masih lagi menunggu surat pengesahan jawatan yang tak kunjung tiba macam buah tak jatuh, aku pun mencuba-cubalah nasib. Itupun setelah diuja oleh kawan-kawan yang sama-sama nak apply. Last minute decision...dapat tak dapat, belakang kira.

Bila dah begini keputusannya, dan aku seorang je yang lepas...hmm, haru jugak. Mampu ke aku nak meredah semua ni sendiri? Pergi kelas yang tak tahu lagi macam mana susun atur jadualnya, commuting to and fro from Melaka to Bangi...assignments...letihhhh...

Perasaan berkecamuk, tak tentu arah rasa...huh!

Ayat kak Raja Mardiana, seorang sahabat yang buat aku terkedu...

"Rasa macam orang datang pinang pas tu tak tau nak jawab apakan?"

*gulp*

Aku berkongsi rasa jugak dengan rakan-rakan, mintak pendapat. Bila baca komentar diorang ni, sedikit-sebanyak datang semangat, mengujakan aku untuk nekad meredah apa yang bakal menanti. Tak cuba, takkan tahu. Thanks peeps! =)) 

Petang semalam, bertembung dengan rakan sekerja, Ain Baharuddin di pejabat pos. Sempat juga berbual panjang tentang hal nak sambung belajar ni. Rupa-rupanya, memang ramai lagi yang menyimpan hasrat. Aku yang dah dapat ni, takkan nak tolak mentah-mentah?

Bersyukurlah Jid! Allah tutup satu jalan, dan Dia dah bukakan satu lagi jalan lain. Alhamdulillah...

Baru terbaca dalam satu buku. Kalau banyak sangat halangannya dalam usaha untuk mencapai apa yang kita nak, memang Allah sengaja menjauhkan kita dari perkara tu...sebab Dia tahu, itu bukanlah yang terbaik untuk kita. Hurm...one life lesson which I learned the hard way...big time!

Ok...untuk 2 hari ni, ambil feel dulu. Belek-belek offer letter, buat checklist...pergi library, jeling-jeling apa bahan yang ada...hehehe.

And yes, the feeling is so overwhelming.

*tarik nafas dalam-dalam*

Till later. Selamat bersahur! xoxo

P.s. Wait, Jid...you've done this before kan? Macamlah tak reti! =P

Monday, August 1, 2011

Mari Main Manik

0 comments
Salam...

Kalau sebelum ni minat sepenuh hati pada cross-stitch, kali ni tergerak pulak nak mencuba-cuba beading. Idea datang melihatkan baju raya merangkap baju hari langsung perkahwinan adik-adik lelaki aku yang mere plain (nak sedondon satu family punya pasal). Rupa-rupanya, adik perempuan aku pun dah terfikirkan hal yang sama. Apalagi, mula la datang idea mencurah-curah...surfing blog segala bagai, kumpul design untuk dipilih. Even Mak pun dah nak tumpang sekaki minta buatkan untuk baju dia...

Petang semalam, langsung ke Kedai Lily untuk cari barang. Lama jugak tersadai kat sana...rambang mata! Warna yang segala macam satu hal...nak pilih bentuk pulak satu hal lain. Tu siap bawak baju yang nak disulam lagi. Dah nama pun amatur... =P

Plan untuk buat kat hujung lengan baju je. Setakat pagi tadi, dah berjaya siapkan border. Petang sementara menunggu waktu berbuka, sambung lagi dengan manik beras pulak dan baru je selesai lepas tarawih tadi. Simple, janji baju tak nampak kosong sangat. =)




Kerja-kerja rencam bermula kejap lagi.

Till then...good night peeps dan selamat bersahur! =)

P.s. Sorry about the pics...tak mau rotate pulak dia. And the material is actually golden brown. =P

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan Kareem

1 comments
Source: orucly.wordpress.com
Salam...


Pernah aku suarakan pada seorang kawan...setiap kali menjelang bulan puasa, hati mesti berdebar-debar sendiri. Tak pasti pulak kenapa. Mengenangkan hal yang lepaskah? Atau membayangkan sempat atau tidakkah aku menyambut Ramadhan tahun ni? Yang pasti, 4 kali Ramadhan yang lalu, memang ada ceritanya sendiri. Hurm...biarlah!


Harapan aku Ramadhan tahun ini, dapatlah kiranya bertarawih sebanyak mungkin...dan semoga lebih banyak perkara yang menggembirakan berlaku. Cumanya seperti tahun lepas, bermula dengan demam jugak nampak gayanya...Bertabahlah Jid!


Kepada semua muslimin dan muslimat, selamat menyambut kedatangan Ramadhan 1432H...mudah-mudahan segala amal ibadat dapat dilaksanakan seikhlas hati dan diterima Allah s.w.t. Insya-Allah... =))

Sunday, July 3, 2011

Cerahlah langit...

0 comments
Entah kenapa hati tak menentu arah rasa.


Tak pasti juga kenapa aku dengan seronoknya menyakitkan hati dia.


Dengan niatkah?


Aku tak pasti juga.


Langit pun tak menyebelahi aku ketika ni.


Cerahlah langit, aku mau keluar...


Biar hilang rasa yang tak aku gemari ini.  

Sunday, June 5, 2011

School holiday kicks in

0 comments
Hi all,

It's school hols!

Well, a week has gone by (as usual, I'm backdated)...and another week to go.  Nothing much have been done actually.  Nak bercuti sakan pun, my mum and my bros need me for the wedding prep.  Prep as in helping out surveying the cards, furniture, tukang andam, bunga pahar, those nitty-gritty stuff...Moral supporter aka mum's 2nd man la kiranya. Haha...

Since I'm spending most of the time at home, nothing can hook me up more than the cross-stitch project. Excitedly trying to finish up the "Mountain Peaks" design which is currently 80% done.  Aiming to get it framed by Eid.  Sempat sangat!

This is what has been done so far till last night...


Easier, I might say...since no back-stitching is needed.  Phew~

Hurm...what else?  Nora Elena (ngeee~) and Life Unexpected are the two not-to-be missed dramas for now.  Nora Elena? For me who have never read the novel, mengujakan, period.  Anyway, agak anti-klimaks after watching the 1st three episodes back-to-back recently.  But still..."mengujakan" is the word.  And for the latter, really want to see Lux and Sam together since Lux is now single again. =)

KL Gangster on 9th June. *marking the calendar*

Till then...

Friday, March 11, 2011

You will never know...

0 comments
Never neglect your instincts...you will never know what is going to happen in the future, which result from the actions that you take now.  No harm trying!


P.s. Hati berbunga-bunga...a mere phone call really made my day! It just did, and still is. =))

Thursday, March 10, 2011

Tiny, little things...

0 comments
Ain't it funny how tiny, little things which might be overlooked by others, can make your heart soar?
In a split second, the adorable scene caught my eye...and it keeps replaying in my mind like a recorder.


I just can't help myself smiling... =))

Monday, December 20, 2010

Roses done...yay~

0 comments
At last, I'm done with the Roses! Yay~

This post might seem so backdated (my bad...), but still as I promised, here is the final product after 1 year of meticulous work:


Done with on 23 Nov 2010

Currently working on a new project (with no further delay): Mountain Peaks. Prefer not to show the progress or what it looks like. Let the element of surprise excites us this time, heheh...All I can say for now, it is half done... =))

Saturday, October 30, 2010

Private message from UNICEFMY

0 comments
A message which I received in my FB inbox just now would really make my day...




Hi Jid, thank you for your help, for your support, and most importantly, your commitment to children. Every bit of support you give us and share with us on our UNICEF Malaysia page is recognised by our team, and we truly appreciate your dedication to our mission to create a World Fit for Children. Thank you Jid for always standing on the side of children. Your support is so very much appreciated.

Best
UNICEF Malaysia




*bliss*

Thursday, October 28, 2010

Untuk Perempuan

0 comments

Aku mendapat ini di blog Farina (thanks babe!)... I'm not an avid fan of SO7, but this one is really an eye-catcher (belum dengar lagunya lagi!).  Puitis... =)


Jangan mengejarnya jangan mencarinya
Dia yang kan menemukanmu
Kau mekar di hatinya
Di hari yang tepat..

Jangan mengejarku dan jangan mencariku
Aku yang kan menemukanmu
Kau mekar di hatiku
Di hari yang tepat..

Tidaklah mawar hampiri kumbang
Bukanlah cinta bila kau kejar
Tenanglah tenang dia kan datang
Dan memungutmu ke hatinya yang terdalam
Bahkan dia takkan bertahan tanpamu

Sibukan harimu, jangan fikirkanku
Takdir yang kan menuntunku
Pulang kepada mu
Di hari yang tepat

Tidaklah mawar hampiri kumbang
Bukanlah cinta bila kau kejar
Tenanglah tenang aku kan datang
Dan memungutmu ke hatiku yang terdalam
Bahkan ku takkan bertahan tanpamu

Aku yang kan datang..
Aku yang kan datang..
Aku yang kan datang..

Aku yang kan datang..                             

Saturday, October 23, 2010

Penjaga Hati (Numata feat. Tetty Kadi)

0 comments
Ada kala saatku tak berdaya
Menyerah menyusuri hidup
Jangan biarkan aku terluka
Ku di sini membutuhkanmu

Tak akan ada yang melebihi
Ketulusanku kasihku kepadamu
Karena aku yang mencintaimu
Selalu tanpa ragu

Cinta ini takkan terhapus oleh waktu
Begitu adanya dirimu
Masih disini setia tuk menjagamu
Akulah penjaga hatimu

Ada kala saat aku merasa
Sudah sampai di sini saja
Jangan biarkan aku terlena sendiri
Ku di sini membutuhkanmu

Tak akan ada yang melebihi
Ketulusanku kasihku kepadamu
Karena aku yang mencintaimu
Selalu tanpa ragu

Karena aku yang mencintaimu
Selalu tanpa ragu

Komposer & Lirik: Numata



Friday, October 22, 2010

2nd day of advance weekend...

0 comments
While others are working (and some have reached home), here I am...savouring my 2nd day of advance weekend. 

*bliss*

Asalnya menjangkakan dapat cuti sehari je dek kerana Hari Kantin yang sepatutnya dibuat semalam...tapi oleh sebab ada "angin" mengatakan Melaka cuti sempena Melaka Maju 2010, makanya dipercepatkan sehari.  Kalut jugak, since aku kat KL masa diorang buat urgent meeting...kononnya berkira-kira ada satu hari lagi for final prep before the event...sekali, huhuhu~

Alhamdulillah, things went smoothly...mujurlah pagi tu ada Chelsea-Spartak Moscow's match buat pelayan mata sambil menyiapkan apa-apa yang kurang (and we won 2-0, woohoo~). 

Two thumbs up for the Urus Setia team (you know who you are!) for making this event a success...yang penting tak ada isu lebihan kupon, tak cukup lagi ado! =)) 

Thus, I mark this 2 day-off as a self-reward post-hard work which I have done since a few weeks (months?) back, and the event's success as my birthday gift this year.

*pat on own shoulder* =))


Image courtesy: revolutionmyspace.com


P.s. So, the petite Jedi won the light sabre battle, huh Arty? Thanks for your petrol pour! *winks*

Wednesday, October 20, 2010

20.10.2010

0 comments
Courtesy: gipsye.centerblog.net


Still in my sweet 20(s) on 20.10.2010...


Countless gratitude to Allah... =))