Tuesday, August 30, 2011

Eid Mubarak 1432H

0 comments
Courtesy: http://seasonsali.blogspot.com
Salam...


Ramadhan dan Syawal tahun ini adalah yang paling bermakna untuk aku.


Ya Allah, aku bersyukur dengan kegembiraan yang Kaukurniakan ini. Sekiranya ini ketetapan-Mu, aku redha. Kauberikanlah kekuatan kepadanya dan kepadaku juga.


Eid Mubarak to all.
Taqabbalallahu minna wa minkum. =)




P.s. Hati berteriak mahu berkata-kata, tapi mulut tak mampu nak meluah. Hurm... =P

Monday, August 29, 2011

One Step Further

0 comments
Courtesy: http://www.c4rlh.com

There's something different in the way you talked for the past few days, so I noticed.


Hurm...salah makan ubatkah? =P




P.s. He's trying his best without losing his composure, I know. And if Allah wills, his effort and patience will bear fruit. Soon.

Friday, August 26, 2011

Andai kautahu

0 comments
Andai kautahu...


P.s. Soalan menduga-duga lagi. Tak tersangka. =)

Wednesday, August 24, 2011

Pelengkap Hidupku

0 comments


Jalan yang Lebih Baik

0 comments
Courtesy: yuhusayso.blogspot.com

Taking a hiatus seems to be the best decision. So far. Untuk aku memahami perasaan sendiri. Dan untuk mengelak dari terus-terusan dibuai perasaan. Dan beberapa perkara lain yang samar. Masih.

Adakalanya rasa terdera dengan tindakan...tapi aku cuba juga untuk gagahkan diri.

Aksi tarik tali ini semakin menggusarkan aku. Semakin aku menghulur, semakin aku keliru.


Haruskah aku lepaskan terus? 

Persoalan: Akukah yang salah mengerti?

I hope I do well. At least I pray for one.

*sigh*

Tuesday, August 23, 2011

Hurm...

0 comments
Tidak pasti dengan rasa hati.


*sigh*

Thursday, August 18, 2011

Not Going

0 comments
I'm not going.


Just not yet. =P

Petang kelmarin, dapat phone call daripada kenalan Mak aka abang angkat Adik yang tengah buat full-time Masters study kat UKM tu.

"Offer biasiswa untuk full-time tahun depan dah buka hari ni kat portal KPM."

Biasiswa yang dia maksudkan merangkumi cuti belajar bergaji penuh. Siapa tak mau!


Memang lama jugalah aku berbual dengan cikgu tu. Bersungguh-sungguh dia menerangkan...lagi bersungguh-sungguhlah aku bertanya itu ini. Jalan dah makin nampak...


"Saya yang buat full-time pun tak terkejar."


Dengan kuliah during weekdays sahaja...mau anorexic aku nanti, LOL!!!


Borang dah siap isi...medical check-up pun dah buat. Simpan untuk tahun depanlah nampak gayanya... =P


Tuesday, August 9, 2011

Alhamdulillah...

0 comments
Salam...

Eventually, the most awaited letter has arrived.

Keputusan memang dah tahu awal-awal lagi sebenarnya...hujung bulan lepas dah semak online. It's just that the thrillness is way different. Key-in I/C no...and there it goes. Tapi bila adik hulur surat, dia punya berdebar, satu macam...

"Kak Long, surat. UKM."

Hurm...

So, I'm soon pursuing my studies eh?


*blink blink*

Macam tak percaya, tapi itulah hakikatnya.


Asalnya hati memang berbelah-bagi sejak awal. Sebelum keluar keputusan, Mak bercerita tentang seorang kenalannya yang tengah buat full-time masters kat UKM jugak, same course as the one I applied for. Banyaklah pronya, I know...as I myself prefer doing full-time rather than part-time. Tapi memandangkan ketika permohonan dibuat, aku masih lagi menunggu surat pengesahan jawatan yang tak kunjung tiba macam buah tak jatuh, aku pun mencuba-cubalah nasib. Itupun setelah diuja oleh kawan-kawan yang sama-sama nak apply. Last minute decision...dapat tak dapat, belakang kira.

Bila dah begini keputusannya, dan aku seorang je yang lepas...hmm, haru jugak. Mampu ke aku nak meredah semua ni sendiri? Pergi kelas yang tak tahu lagi macam mana susun atur jadualnya, commuting to and fro from Melaka to Bangi...assignments...letihhhh...

Perasaan berkecamuk, tak tentu arah rasa...huh!

Ayat kak Raja Mardiana, seorang sahabat yang buat aku terkedu...

"Rasa macam orang datang pinang pas tu tak tau nak jawab apakan?"

*gulp*

Aku berkongsi rasa jugak dengan rakan-rakan, mintak pendapat. Bila baca komentar diorang ni, sedikit-sebanyak datang semangat, mengujakan aku untuk nekad meredah apa yang bakal menanti. Tak cuba, takkan tahu. Thanks peeps! =)) 

Petang semalam, bertembung dengan rakan sekerja, Ain Baharuddin di pejabat pos. Sempat juga berbual panjang tentang hal nak sambung belajar ni. Rupa-rupanya, memang ramai lagi yang menyimpan hasrat. Aku yang dah dapat ni, takkan nak tolak mentah-mentah?

Bersyukurlah Jid! Allah tutup satu jalan, dan Dia dah bukakan satu lagi jalan lain. Alhamdulillah...

Baru terbaca dalam satu buku. Kalau banyak sangat halangannya dalam usaha untuk mencapai apa yang kita nak, memang Allah sengaja menjauhkan kita dari perkara tu...sebab Dia tahu, itu bukanlah yang terbaik untuk kita. Hurm...one life lesson which I learned the hard way...big time!

Ok...untuk 2 hari ni, ambil feel dulu. Belek-belek offer letter, buat checklist...pergi library, jeling-jeling apa bahan yang ada...hehehe.

And yes, the feeling is so overwhelming.

*tarik nafas dalam-dalam*

Till later. Selamat bersahur! xoxo

P.s. Wait, Jid...you've done this before kan? Macamlah tak reti! =P

Monday, August 1, 2011

Mari Main Manik

0 comments
Salam...

Kalau sebelum ni minat sepenuh hati pada cross-stitch, kali ni tergerak pulak nak mencuba-cuba beading. Idea datang melihatkan baju raya merangkap baju hari langsung perkahwinan adik-adik lelaki aku yang mere plain (nak sedondon satu family punya pasal). Rupa-rupanya, adik perempuan aku pun dah terfikirkan hal yang sama. Apalagi, mula la datang idea mencurah-curah...surfing blog segala bagai, kumpul design untuk dipilih. Even Mak pun dah nak tumpang sekaki minta buatkan untuk baju dia...

Petang semalam, langsung ke Kedai Lily untuk cari barang. Lama jugak tersadai kat sana...rambang mata! Warna yang segala macam satu hal...nak pilih bentuk pulak satu hal lain. Tu siap bawak baju yang nak disulam lagi. Dah nama pun amatur... =P

Plan untuk buat kat hujung lengan baju je. Setakat pagi tadi, dah berjaya siapkan border. Petang sementara menunggu waktu berbuka, sambung lagi dengan manik beras pulak dan baru je selesai lepas tarawih tadi. Simple, janji baju tak nampak kosong sangat. =)




Kerja-kerja rencam bermula kejap lagi.

Till then...good night peeps dan selamat bersahur! =)

P.s. Sorry about the pics...tak mau rotate pulak dia. And the material is actually golden brown. =P