Sunday, May 6, 2012

Kantoi!



Sudah kantoi sama Mak.  Gara-gara si mulut bocor, rahsia 18 tahun dulu sudah pecah. Terkesima kejap.  Nak-nak pulak ditala dengan follow-up questions lagi bertubi-tubi.  Soalan paling straight-forward tahun ni daripada Mak, "Takde can ke nak sambung balik?"

Mak, oh Mak...ini bukan tali, boleh nak disambung-sambung macam tu je.  Jasad memanglah milik orang yang sama pernah aku kenal, tapi hati? 
18 tahun bukannya singkat...masing-masing ada life dan komitmen sendiri sekarang.

Dia sendiri pernah bagitau yang dia tak mencari.  Tak berpeluang berjumpa gadis Melayu katanya...iyelah tu! =P  

Seriuh-riuh Mak pun, ada juga hikmahnya di situ.  Doa orang tua tu bukankah makbul? Pastinya Mak pun sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak.  Ayat 3 pasang pengantin pun dah hujung bibir je aku dengar sekarang ni.  Kalau dah ketetapan Allah, suatu masa nanti datang yang baik untuk aku, siapalah aku nak menolak?  

Tak berani nak berkata ataupun berharap apa-apa.  Aku percaya yang jodoh pertemuan, itu semua kerja Allah.  Bercinta bagai nak rak pun, kalau dah Allah kata bukan untuk aku, tetap bukan untuk aku.  Insya-Allah, I'll do my part: berusaha, berdoa dan bertawakkal.  Berusaha membaiki kekurangan diri sendiri, berdoa agar Allah ketemukan aku dengan tuan punya yang rusuk kirinya ada pada aku dan bertawakkal kerana hanya Dia yang Mengetahui apa yang terbaik.

"
Kalau mahu mencari yang baik, banyakkan usaha menjadi yang baik."  


P.s. Macam kata si dia juga, "Manalah tau kan..."  Wallahu a'lam.

0 comments:

Post a Comment